More

    Siri Xiaomi 12T sah dilengkapi kamera 200MP, bakal dilancar 4 Oktober ini

    Mengikut khabar angin baru-baru ini, Xiaomi sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan siri Xiaomi 12T. Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun melalui Twitternya mengesahkan salah satu butiran yang paling menarik bagi siri Xiaomi 12T ialah ia akan membawakan sensor kamera utama 200MP yang akan tiba pada 4 Oktober 2022.

    Sensor kamera 200 MP adalah milik 12T Pro. Xiaomi 12T standard akan mempunyai kamera utama 108 MP. Kamera di dalam Xiaomi 12T Pro menggunakan sensor ISOCELL HP1 Samsung. Sensor yang sama yang digunakan pada Motorola Edge 30 Ultra. Xiaomi akan menjadi pembuat telefon pintar kedua yang melancarkan telefon dengan kamera ini.

    Kamera Xiaomi 12T Pro 200 MP menggunakan sensor imej 1/1.22″ dengan apertur f/1.69. Selain itu, ia membawakan autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan penstabilan imej optik (OIS). Ia juga membawa binning piksel 16-dalam-1. Oleh itu, ia boleh menghasilkan foto 12.5MP dengan butiran yang jelas dan menyokong binning piksel 4-dalam-1 untuk 50MP.

    Menurut khabar angin, telefon ini akan membawakan sensor ultra-lebar dan makro asas. Spesifikasi lain termasuk skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1.5K. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuk bateri 5,000 mAh dengan standard pengecasan 120W terkini, cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dengan storan sehingga 256 GB.

    Varian standard Xiaomi 12T akan membawakan cipset MediaTek Dimensity 8100. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured