More

    Siri Xiaomi 13T dalam data SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    Siri Xiaomi 13T dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi kerana peranti tersebut telah muncul di SIRIM. Senarai tersebut merangkumi kedua-dua 2306EPN60G (Xiaomi 13T) dan 2306EPN60G (Xiaomi 13T Pro).

    Namun, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan ciri-ciri terperinci didedahkan. Oleh kerana ia pernah muncul di pangkalan data IMEI, IMDA Singapura, dan sijil awam TKDN Thailand, kami mendapati Xiaomi 13T mempunyai pilihan sambungan seperti NFC, 5G, Wi-Fi 802.11ax, Bluetooth 5.3, dan GNSS.

    Kemudian, ia membawa tiga varian dengan panel belakang dan pilihan storan yang berbezayang terdiri daripada dua panel belakang kaca dan PU membawa RAM 8GB dan storan 256GB. Versi terakhir adalah 12GB + 256GB yang hanya disediakan dengan panel belakang PU.

    Selain itu, siri Xiaomi 13T mungkin akan menampilkan cipset MediaTek Dimensity 9200+ dengan RAM sehingga 16GB dan sistem operasi Android 13 dengan antara muka MIUI 14. Terdapat jangkaan bahawa siri ini akan ilancarkan pada 1 September 2023 iaitu dua minggu dari sekarang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...