More

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan bateri 8,500mAh bermula ~RM3,652

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini dijana cip pemprosesan 2nm Snapdragon 8 Elite Gen 6, dengan varian Pro Max menerima versi frekuensi lebih tinggi yang mampu mencapai kelajuan sehingga 5.11GHz.

    Siri ini menampilkan sistem dwi-kamera 200MP Leica yang menggabungkan sensor utama Light Hunter 960 bersaiz 1/1.28 inci dan sensor periskop telefoto 1/1.56 inci dengan zum optikal 3.2x serta sistem fokus makro 12cm. Bahagian hadapan dilengkapi kamera swafoto 50MP manakala rakaman video menyokong resolusi 8K 30fps dan 4K 120fps dalam format Dolby Vision.

    Paparan utama menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kecerahan puncak 4,000 nits, kadar segar semula 120Hz dan bezel nipis 0.99mm. Xiaomi 18 Pro menggunakan skrin 6.4 inci manakala Pro Max dilengkapi skrin 6.9 inci. Teknologi Super Pixel Display 2.0 menyepadukan lapisan privasi tahap perkakasan yang mengurangkan kecerahan skrin sehingga 1 peratus apabila dilihat dari sudut tepi melebihi 60 darjah.

    Kedua-dua model turut menyertakan skrin OLED kedua di bahagian belakang, bersaiz 2.7 inci pada model Pro dan 2.9 inci pada Pro Max. Skrin belakang berfungsi memaparkan pemberitahuan, widget AI dan tetingkap pratonton gambar. Reka bentuk peranti menggunakan kerangka logam dengan penarafan rintangan air dan debu IP66, IP68 serta IP69.

    Bekalan kuasa ditunjangi bateri silikon-karbon yang mana Xiaomi 18 Pro memuatkan kapasiti 7,000mAh manakala Xiaomi 18 Pro Max membawa bateri 8,550mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 100W, wayarles 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 27W. Siri Xiaomi 18 Pro ditawarkan dalam pilihan memori RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB.

    Ia kini mula dijual di pasaran China dalam pilihan warna Black, White, Ice Peach Pink, Galaxy Blue serta varian lutsinar Red. Ketersediaan dan harga bagi pasaran global belum diumumkan secara rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured