More

    Siri Xiaomi Mi 10 dilancarkan: Snapdragon 865, kamera 108MP dan pengecasan pantas 50W bermula dengan ~RM1,663

    Peranti ini telah didedahkan dahulu di China dan kemudiannya menempah nama dalam pasaran teknologi telefon pintar oleh kerana beberapa spesifikasinya yang menonjol. Terkini, siri Xiaomi Mi 10 yang sememangnya sudah popular ini dilancarkan secara global. Xiaomi melancarkan Xiaomi Mi 10, Xiaomi Mi 10 Pro dan turut hadir adalah Xiaomi Mi 10 Lite 5G.

    Siri telefon pintar ini hadir dengan Qualcomm Snapdragon 865 dan paparan AMOLED 6.67 inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, berserta kadar sentuhan (sampling rate) 180Hz yang memberikan pengalaman yang lebih imersif dan responsif. Ia juga dilengkapi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Berkenaan kamera, terdapat sedikit perbezaan di mana Xiaomi Mi 10 hadir dengan kamera utama 108MP sudut-lebar + 13MP Ultra sudut-lebar+ 2MP Makro + 2MP kedalaman. Manakala Xiaomi Mi 10 Pro hadir dengan kamera utama 108MP sudut-lebar + 20MP ultra sudut-lebar + 12MP telefoto + 8MP telefoto. Kedua-dua peranti ini memiliki kamera hadapan sama 20MP.

    Apa yang berbeza di antara Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah sokongan pengecasan pantas 50W (Mi 10 Pro) dan 30W (Mi 10). Begitu juga dengan bateri 4780mAh pada Mi 10 Pro dan 4500mAh pada Mi 10. Pada hari pelancarannya di China terdahulu, Xiaomi Mi 10 Pro berjaya mencatat skor tertinggi di DxOMark.

    Kita mungkin sudah sedia maklum mengenai Xiaomi Mi 10 dan versi Pronya, tetapi Xiaomi Mi 10 Lite perlu diperkenalkan kepada anda. Xiaomi Mi 10 Lite 5G dilengkapi cipset Snapdragon 765G dengan teknologi LiquidCool. Peranti ini berharga lebih rendah daripada Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro, tetapi masih menyokong rangkaian 5G. Peranti ini hadir dengan paparan AMOLED TrueColor 6.57 inci, sensor cap jari dalam skrin dan bateri 4160mAh bersama pengecasan pantas 20W. Berkenaan kamera, ia dihuni tetapan kamera utama quad AI 48MP bersama kamera selfie hadapan 16MP.

    Untuk pengetahuan anda, harga anggaran untuk Xiaomi Mi 10 adalah ~RM3,807, Xiaomi Mi 10 Pro ialah ~RM4,760, manakala Xiaomi Mi 10 Lite 5G ialah ~RM1,663. Berkemungkinan ia bakal hadir di Malaysia dalam masa terdekat ini. Kami akan memaklumkan harga rasmi dan tarikh pelancaran di Malaysia dengan kadar segera. Adakah anda bakal menyambarnya salah satu daripada siri ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...