More

    Siri Xiaomi Mi 10 diumumkan: Kamera 108MP dan RAM 16GB bermula dari ~RM2372

    Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro secara rasmi bermula dengan harga RMB3999(~RM2372) dan RMB4999(~RM2965). Dari segi spesifikasi utamanya, siri telefon pintar ini hadir dengan kamera 108MP, Qualcomm Snapdragon 865 dan sokongan pengecasan pantas 50W.

    Selain daripada spesifikasi di atas, ia juga hadir dengan paparan AMOLED 6.67 inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, berserta kadar sentuhan (sampling rate) 180Hz yang memberikan pengalaman yang lebih imersif dan responsif. Tambahan lagi, ia dilengkapi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

    Mengenai bateri, varian Pro hadir dengan bateri internal 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 50W dan 30W pengecasan wayarles. Varian bukan Pro pula hadir dengan bateri yang agak lebih besar 4780 mAh, bersesuaian dengan pengecas berwayar 30W dan pengecas pantas wayarles.

    Berkenaan kamera, Xiaomi Mi 10 hadir dengan kamera utama 108MP + 13MP + 2MP + 2MP dan kamera selfie 20MP. Varian Pro pula hadir dengan kamera utama 108MP + 20MP + 12MP + super-telefoto dan kamera hadapan 20MP.

    Melangkah ke ciri teknologinya, Xiaomi Mi 10 mampu merakam video dengan resolusi sehingga 8K, zum optikal sehingga 10x, zum digital sehingga 50x dan turut menyokong penstabilan imej OIS + EIS. Untuk sekarang, kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi berkenaan tarikh pelancaran dan harga rasmi siri Xiaomi Mi 10 di Malaysia.

    Adakah anda berminat untuk menyambar siri Xiaomi Mi 10 sekiranya ia tiba di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita ini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured