More

    Siri Xiaomi Pad 6 bakal tampilkan panel LTPO 144Hz dan pengecasan pantas 120W

    Tahun lepas, Xiaomi melancarkan Xiaomi Pad 5 di pelbagai pasaran. Tablet ini mesra bajet dan membawakan beberapa ciri andalan seperti paparan 120Hz. Penyenaraian EEC mendedahkan bahawa Xiaomi sedang mengusahakan tablet baharu yang mungkin siri Xiaomi Pad 6.

    Salah satu sumber mendedahkan bahawa terdapat empat tablet yang akan diperkenalkan untuk generasi akan datang. Menurut laporan itu, tablet ini akan mempunyai empat nombor model iaitu L81, L81A, L82, dan L83 sepadan dengan Xiaomi Pad 6, Pad 6 Pro, dan Pad 6 Pro 5G dan tablet Redmi.

    Siri Pad 6 akan menumpukan pada segmen pertengahan hingga andalan manakala syarikat itu akan melancarkan tablet Redmi dengan harga yang berpatutan. Laporan itu turut mengatakan bahawa tablet ini akan datang dalam dua varian cipset iaitu MediaTek dan Qualcomm.

    Model paling atas iaitu Xiaomi Pad 6 Pro 5G dikhabarkan akan datang dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan Dimensity 9000. Selain itu, laporan itu menyatakan bahawa keupayaan pengecasan pantas akan datang akan meningkat daripada 67W kepada 120W.

    Siri Pad 6 juga dijangka menampilkan paparan LTPO 144Hz, pembesar suara yang ditala dan versi MIUI yang lebih baharu untuk tablet. Laporan baru-baru ini menyatakan bahawa tablet Xiaomi generasi akan datang dijangka akan diumum pada Ogos 2022.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured