More

    Siri Xiaomi Pad 6 sah dilengkapi cipset SD 8+ Gen 1, SD 870

    Xiaomi bakal menganjurkan acara pelancaran global pada 18 April dengan melancarkan tablet Pad 6 Pro bersama-sama dengan telefon pintar Xiaomi 13 Ultra. Kini, Xiaomi telah mengeluarkan pengacah yang mendedahkan reka bentuk tablet itu. Selain itu, ia muncul pada laman web penanda aras Geekbench dengan nombor model 23046RP50C.

    Menurut penyenaraian, Pad 6 Pro memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730 untuk grafik. Ia juga telah berjaya mendapat skor teras tunggal 1712 dan skor berbilang teras 4348. Untuk perisian, Xiaomi Pad 6 Pro dijangka menjalankan Android 13. Imej pengacah menunjukkan tablet dalam tiga warna berbeza iaitu biru, emas dan hitam.

    Ia mempunyai tepi yang melengkung dengan gril pembesar suara dan port USB-C di bahagian bawah. Pengacah juga mengesahkan tablet akan mempunyai sokongan untuk aksesori seperti papan kekunci dan stilus pen. Ia dijangka menampilkan paparan 120Hz dengan sokongan HDR10+, Dolby Vision dan bateri 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

    Lebih banyak spesifikasi bocor termasuk empat pembesar suara dan tiga kamera belakang pada Xiaomi Pad 6. Xiaomi juga dijangka melancarkan dua model iaitu varian Pro dengan cipset Snapdragon 8+ Gen1 manakal varian standard hadir dengan cipset Snapdragon 870.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...