More

    Siri Xiaomi siri 14T bakal dilengkapi Circle to Search

    Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Google akan membawakan fungsi Circle to Search (Bulat untuk Cari) untuk peranti Android yang lain. Buat ketika ini, Circle to Search adalah eksklusif untuk telefon Samsung dan Pixel.

    Kini, Xiaomi bersedia untuk melancarkan siri Xiaomi 14T pada 26 September dan bahan promosi telah tertiris mendedahkan bahawa peranti ini akan menyertakan ciri Circle to Search. Circle to Search membolehkan pengguna mengakses maklumat dengan pantas tentang apa-apa sahaja pada skrin mereka dengan hanya membulatkan objek dan cari.

    Siri Xiaomi 14T juga akan disertakan dengan ciri berkuasa Gemini yang lain seperti AI Notes, AI Interpreter, AI subtitles dan AI Voice Recorder. Menurut poster tertiris, Xiaomi 14T akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8300 Ultra, RAM 12GB dan storan sehingga 512GB (boleh dikembangkan melalui kad mikroSD).

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas HyperCharge 45W . Telefon boleh mengecas daripada 0 hingga 100% dalam masa 45 minit sahaja. Bahagian belakang akan menempatkan sistem tiga kamera dengan sensor Sony IMX906 50MP OIS. Sensor ini akan disertakan dengan lensa telefoto 50MP dan ultra lebar 12MP.

    Bahagian hadapan pula menempatkan kamera swafoto 32MP. Paparan dijangka akan menggunakan panel OLED 6.67 inci dengan resolusi 2712 x 1120 piksel, menjalankan antara muka pengguna HyperOS Xiaomi berdasarkan Android 14 dan mempunyai rintangan air dan habuk IP68.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Spill Some Beans

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...