More

    Sistem bayaran tol tanpa palang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat

    Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM3.46 bilion untuk pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong(MLFF) menjelang 2025 bagi mengatasi dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama di plaza tol.

    Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerajaan komited untuk meningkatkan kualiti pengurusan lebuh raya terutama daripada segi kutipan tol supaya pengguna jalan raya tidak perlu menghadapi kesesakan di plaza tol ketika membuat pembayaran.

    Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan sistem MLFF dapat dilaksanakan bermula dengan kajian penggunaannya pada 2024 sebelum pelaksanaan penuh pada 2025 bagi mengelak penggunaan bar tol.

    Abdul Rahman berkata pelaksanaan MLFF akan memberi impak positif kepada masalah kesesakan yang semakin teruk terutama di plaza tol apabila pemandu tidak perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan mereka untuk menjalankan transaksi tambang tol.

    Beliau berkata MLFF juga akan memberi kemudahan dan menambah baik pengalaman pengguna melalui transaksi tambang tol yang pantas serta cekap dengan jangkaan empat juta hingga lima juta kenderaan sehari melalui plaza tol di rangkaian lebuh raya bertol di negara ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured