More

    Sistem operasi Xiaomi MIUI 12.5 dilancar, tawarkan operasi lebih pantas dan ringan

    Selain melancarkan telefon andalan Mi 11, Xiaomi juga telah melancarkan sistem operasi MIUI 12.5 yang menjanjikan operasi lebih pantas, cekap serta ringan terhadap perkakasan telefon. Sistem operasi tersebut telah direka semula agar ia kurang menggunakan memori sebanyak 20%, penggunaan tenaga lebih rendah sebanyak 25% dan penggunaan memori latar belakang (background memory) sebanyak 35%.

    Xiaomi turut memperkenalkan wallpaper bergerak baru yang menampilkan Gunung Siguniang di Sichuan China, di mana pengguna boleh melihat gambar gunung itu yang berubah mengikut keadaan cuaca di lokasi sebenar. Gambar lain yang termasuk dalam wallpaper ini termasuklah Pantai Navagio di Greece dan pergunung Alps di Itali.

    MIUI 12.5 turut menawarkan lebih 120 bunyi pemberitahuan yang dirakam daripada alam sekitar, termasuklah dari hutan hujan Amerika Selatan, lapangan rumput di Afrika Timur, Australia dan benua Artik. Daripada segi perisian remeh (bloatware), Xiaomi menjanjikan bahawa MIUI 12.5 hanya akan dilengkapi perisian asas seperti tetapan (settings), kamera dan panggilan telefon serta tidak akan hadir dengan perisian remeh yang terlalu banyak.

    Untuk keselamatan, MIUI 12.5 akan membenarkan pengguna untuk halang aplikasi daripada mengakses lokasi, data peribadi, clipboard, kata laluan yang telah disimpan atau mana-mana maklumat sensitif.

    Lebih daripada sedozen telefon layak menerima MIUI 12.5 termasuklah siri Mi 10, Mi 9, Redmi K30, Redmi Note 7 dan banyak lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan MIUI 12.5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured