Berdasarkan laman web rasmi dan halaman Facebook Maybank, syarikat perbankan itu akan melakukan penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 8 Julai 2023. Latihan rutin ini adalah untuk memastikan kawalan keselamatan platform supaya anda boleh terus menjalankan transaksi perbankan anda dengan selamat.
Di bawah adalah sistem yang terbabit dalam penyelenggaraan:
- ATM Maybank dan Terminal Layan Diri (SST) akan mula beroperasi pada 10:00 pagi dan bukannya 6:00 pagi
- Perkhidmatan Maybank2U dan perbankan mudah alih tidak boleh digunakan pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 dari 03:00 pagi hingga 10:00 pagi.
Untuk butiran penuh,anda boleh layari laman web rasmi Maybank di sini atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






