More

    SKMM akan hubungi rakyat secara rawak untuk sebuah tinjauan, waspada dengan ‘scammer’ guna taktik sama

    Bermula Jumaat, 5 Jun sehingga Khamis, 31 Disember, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan soal selidik tentang penggunaan perkhidmatan internet dan selular mudah alih. Responden akan dipilih secara rawak di kalangan rakyat Malaysia dan akan menerima sebuah jemputan dari SKMM melalui WhatsApp.

    SKMM mengingatkan rakyat bahawa mesej rasmi daripada SKMM hanya akan datang daripada dua nombor, iaitu 017 728 6262 dan 017 364 6262. Jika anda mendapat sebarang mesej yang mengaku datang daripada SKMM namun mempunyai nombor yang berlainan daripada dua nombor tersebut, SKMM menasihatkan anda supaya TIDAK menjawab sebarang jemputan soal selidik daripadanya.

    Berikut adalah langkah-langkah yang betul jika anda dipilih untuk menjadi responden untuk kaji selidik ini:

    SKMM menerangkan bahawa kaji selidik ini hanyalah untuk pengumpulan data dan tiada butiran peribadi seperti nama penuh, nombor IC atau maklumat bank akan diambil. Penyertaan terhadap kaji selidik ini adalah sukarela dan sebagai penghargaan kepada responden, SKMM akan memberikan e-baucar bernilai RM5 kepada 10,000 responden pertama.

    TechNave berharap agar pembaca kekal berwaspada sewaktu menggunakan internet. Beritahu kami di Facebook jika anda mendapat mesej daripada SKMM untuk tinjauan ini pada masa akan datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured