More

    SKMM bina infrastruktur internet selepas kejadian pelajar Ranau terjatuh dari jambatan untuk cari rangkaian

    Berikutan kejadian tiga orang pelajar yang terjatuh dari jambatan gantung sewaktu mendapatkan rangkaian internet di Kampung Gusi, Ranau, Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah mengumumkan pembinaan infrastruktur internet sementara di kawasan tersebut dengan menggunakan teknologi very small aperture terminal (VSAT).

    Inisiatif tersebut dibuat hasil kerjasama dengan Common Tower Technologies Sdn Bhd selaku syarikat yang disokong kerajaan negeri Sabah (state-backed company). Pengurus Besar CTT menyatakan pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember.

    Pada 23 November, tiga orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sugut telah terjatuh daripada sebuah jambatan gantung selepas kabelnya terputus. Mereka sedang mencari talian internet untuk mengikuti kelas dalam talian sewaktu kejadian berlaku. Susulan kemalangan itu, dua pelajar mengalami kecederaan patah tulang paha dan betis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan tulang belakang.

    SKMM mengatakan tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured