More

    SKMM, KPT bakal selesaikan isu capaian internet di IPTA dengan segara

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan bekerjasama untuk menyelesaikan segera masalah akses internet di beberapa kampus Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut Menteri Perhubungan, Fahmi Fadzil, masalah ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ia perlu diselesaikan segera memandangkan semester akademik baharu akan bermula tidak lama lagi. Tambahnya, penyelesaian isu ini melibatkan infrastruktur rangkaian internet yang disediakan vendor pembekal perkhidmatan di kampus terbabit.

    Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata SKMM baru-baru ini telah membuat laporan polis berhubung akaun media sosial dipercayai menjual dadah secara terbuka di platform TikTok. SKMM juga telah melaporkan perkara itu kepada pengendali TikTok dan akaun serta kandungannya kini tidak boleh diakses di Malaysia.

    Beliau turut meminta SKMM meluaskan pencarian bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang cuba menjual bahan terlarang di dalam semua platform media sosial. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured