More

    SKMM laksana Makmal Infrastrukur Digital Negara bermula esok, bertujuan naik taraf mutu internet

    Bermula esok (13 Julai) sehingga 14 Ogos, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan Makmal Infrastruktur Digital Negara (Makmal) iaitu sebuah rancangan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh untuk semua rakyat.

    Melalui program Makmal ini, kerajaan akan membuat pemetaan menyeluruh untuk infrastuktur komunikasi dan mengoptimumkan sumber untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara, justeru meningkatkan mutu perkhidmatan jalur lebar.

    Makmal juga bertujuan mempersiapkan negara untuk menghadapi cabaran sosial dan ekonomi dengan infrakstruktur digital yang kukuh, lebih-lebih lagi selepas wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menyerlahkan kepentingan infrastruktur ini.

    Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak industri yang sudah pun mempunyai kepentingan dan pelaburan ke dalam infrastruktur sedia ada. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured