More

    SKMM nafi edarkan e-mel atau mesej tentang bantuan wang kemenangan bernilai RM270,000

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai bahawa Pengerusi SKMM tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau mesej tentang tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada Telekom Malaysia.

    Dalam e-mel tersebut, kononnya SKMM memerlukan maklumat tentang akaun bank individu penerima supaya SKMM boleh memindahkan wang kemenangan itu.

    Sehubungan kes ini, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel palsu seperti ini. Anda perlu elakkan diri daripada memberikan sebarnag butiran peribadi seperti maklumat perbankan internet dan maklumat kad pengenalan kepada pihak yang tidak dikenali.

    Sekiranya anda telah membuat transaksi yang mencurigakan, anda perlu segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

    Kami berharap para pembaca akan terus peka dengan pelbagai ancaman scam pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured