More

    SKMM: Purata kelajuan internet mudah alih di Malaysia kini mencapai 52.48Mbps

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan laporan pembangunan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk suku ketiga 2022, di mana mereka menggariskan pencapaian program infrastruktur komunikasi itu setakat 30 September 2022.

    Sejak JENDELA dilancarkan pada 2020, kerajaan Malaysia telah meningkatkan kelajuan internet mudah alih jalur lebar (mobile broadband speed) purata kepada 52.48Mbps, manakala nilai tengah atau median pula berada pada kelajuan 30.65Mbps.

    Purata 52.48Mbps ini adalah lebih tinggi daripada sasaran JENDELA Fasa 1 iaitu sebanyak 35Mbps. Ia meningkat lebih dua kali ganda berbanding sewaktu JENDELA mula diperkenalkan pada Ogos 2020, di mana kelajuan purata adalah sekadar 25Mbps.

    Sungguh pun begitu, kawasan liputan 4G gagal mencapai sasaran 96.9%, di mana setakat ini hanya 95.82% kawasan berada di bawah liputan 4G. Laporan SKMM itu mengatakan kegagalan ini adalah kerana mereka mengalami kesukaran dalam menyediakan perkhidmatan di kawasan pedalaman.

    Selain itu, jumlah premis yang mendapat hubungan internet gentian (fibre connectivity) hanya sekadar 7.44 juta, lebih rendah daripada sasaran 7.5 juta.

    Daripada segi penaiktarafan infrastruktur, SKMM mencatatkan pembinaan menara pemancar 4G dan stesen pusat (base stations) yang lebih tinggi daripada sasaran untuk suku ketiga 2022.

    Untuk rangkaian 5G pula, SKMM mencatatkan pembangunan yang lebih rendah daripada sasaran. Pada asalnya, mereka merancang untuk bina 1,290 lokasi 5G pada suku ketiga 2022, namun hanya 944 lokasi yang berjaya dibina.

    Mereka merancang untuk melengkapkan jumlah lokasi 5G keseluruhan sebanyak 3,518 lokasi pada hujung tahun 2022. Pada waktu ini, lokasi 5G yang telah dilengkapkan adalah sebanyak 1,915 lokasi sahaja.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang laporan ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: JENDELA

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured