More

    SKMM sekat 6,381 laman web perjudian dalam talian sejak 2020

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahawa mereka telah menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi membanteras kegiatan judi dalam negara. Jumlah ini berdasarkan laman sesawang judi yang disekat dalam tempoh 2020 hingga 2022.

    Tindakan ini diambil berdasarkan permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).

    Selain itu, sebanyak 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar mesej spam SMS bagi mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain perkara meragukan telah ditamatkan perkhidmatannya.

    Semua langkah ini diambil susulan gesaan oleh sebuah persatuan pengguna supaya platform perjudian dalam talian dikawal selia oleh pihak berkuasa. Pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan, manakala SKMM berperanan dalam memberikan bantuan teknikal seperti pemberian maklumat dan sekatan laman web berunsur perjudian.

    Rakyat juga digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti perjudian dalam talian kepada pihak SKMM, termasuklah promosi iklan judi yang diterima melalui SMS supaya ia boleh disekat oleh syarikat telekomunikasi.

    Sekiranya rakyat menerima iklan melalui aplikasi pemesejan seperti WhatsApp atau media sosial seperti Facebook, anda boleh laporkan butiran pengiklan tersebut kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan aplikasi ini supaya iklan tersebut boleh disekat dan dan tidak disebar kepada pengguna lain.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured