More

    SKMM sekat lebih 1.8 bilion panggilan telefon “scam” dalam tempoh 2017 hingga 2022

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menyekat 1.8 bilion panggilan scam daripada 2017 hingga 2022.

    Selain panggilan telefon, SKMM turut menghalang 300 juta mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak 2018, namun kes penipuan berdasarkan SMS masih berlaku.

    Perkara itu diketahui hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama SKMM dan pihak lain. Beliau menggesa rakyat Malaysia untuk kekal berhati-hati kerana pasti masih terdapat pihak yang mengambil kesempatan sewaktu musim perayaan yang berlangsung sekarang.

    Antara jenis scam yang kerap membelenggu rakyat sekarang termasuklah “scam pencuci”, tawaran pekerjaan palsu dan perkhidmatan palsu. Rakyat juga perlu berhat-hati dengan sebarang mesej yang datang seperti dari kawan-kawan, namun bahasanya mungkin berlainan daripada biasa. Ini mungkin adalah mesej palsu yang datang daripada pihak yang menyamar.

    Selain itu, jika terdapat panggilan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis atau mahkamah, besar kemungkinan itu adalah panggilan scam kerana badan-badan ini tidak berurusan langsung melalui telefon.

    Kepada rakyat yang menjadi mangsa penipuan, mereka boleh hubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera supaya dapat mengekang kehilangan wang.

    Kerajaan mendapati pangglian scam ini bukan sahaja berlaku dalam negara, malah ia turut merentasi sempadan dari negara luar. Oleh itu, KKD akan melakukan tindakan bersepadu dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk mengendali peningkatan scam.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured