More

    SKMM terbitkan garis panduan dan FAQ untuk perjalanan merentas negeri sewaktu PKPB

    Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei, rakyat Malaysia kini boleh melakukan perjalan merentas negeri dengan mendaftar melalui aplikasi Gerak Malaysia. Walau bagaimanapun, perjalanan ini perlulah dilakukan dengan cermat dan ia masih akan dikawal oleh pihak berkuasa.

    Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan garis panduan dan soalan-soalan lazim (FAQ) bagi memberi panduan kepada rakyat yang perlu melakukan perjalanan merentas negeri sewaktu PKPB. Garis panduan tersebut merangkumi pelbagai aspek seperti cara penggunaan, pendaftaran, tempoh penggunaan dan sebagainya.

    SKMM juga menyediakan garis masa untuk anda melakukan perjalanan anda. Di antara 4-5 Mei, anda perlu menyatakan alamat asal dan alamat destinasi dalam aplikasi Gerak Malaysia. Berikut adalah garis masa aliran trafik yang dibenarkan mengikut negeri-negeri Semenanjung:

    TarikhLokasi Asal
    7 MeiKuala Lumpur
    8 MeiPerak, Johor dan Kelantan
    9 MeiPerlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
    10 MeiSelangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

    Aplikasi Gerak Malaysia boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Gerak Malaysia untuk dapatkan maklumat terkini berkenaan perjalanan merentas negeri.

    TechNave berharap agar para pembaca yang melakukan perjalanan merentas negeri akan melaksanakannya dengan berhemah dan selamat. Beritahu kami di Facebook jika maklumat ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured