More

    SKMM: Waspada dengan SMS palsu yang kononnya datang dari MySejahtera dan “GOV”

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan sebarang mesej SMS palsu yang datang dengan ID penghantar “GOV” dan menggunakan nama organisasi MySejahtera.

    Dalam mesej tersebut, penerima kononnya telah menerima bantuan kewangan khas yang telah dikreditkan ke dalam akaun e-dompet Touch ‘n Go eWallet. SKMM mendapati terdapat pihak yang telah memanipulasi dan menyalah gunakan ID penghantar “GOV” untuk tujuan penipuan.

    Buat masa ini, SKMM bertindak dengan menyekat akses kepada pautan palsu tersebut.

    Sementara itu, pihak MySejahtera juga meminta rakyat untuk berwaspada dengan SMS palsu tersebut kerana mereka tidak memberi sebarang bentuk bantuan kewangan kepada orang ramai.

    Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihati rakyat supaya tidak menekan mana-mana pautan dalam mesej yang mencurigakan dan menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk kredit e-dompet.

    Untuk maklumat, hebahan SMS melalui ID penghantar “GOV” selalunya hanya digunakan untuk Pesanan Khidmat Awam (PKA) tentang pengumuman awam atau inisiatif-inisiatif oleh Kementerian dan Agensi kerajaan yang terlibat.

    Kami berharap para pembaca akan kekal berwaspada terhadap taktik scammer yang semakin licik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SKMM

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured