More

    Pandangan pertama, ciri dan keistimewaan pada skrin kunci iOS 16

    iOS 16 telah dilancarkan secara global dan pengguna iPhone bermula daripada iPhone SE Gen-2, siri iPhone 8 dan model terkini boleh memuat turunnya. Jika anda belum mengemas kini dan ingin mengetahui pandangan pertama iOS 16, anda boleh meneruskan bacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Penekanan terbesar dalam kemas kini iOS 16 ialah skrin kunci yang boleh direka bentuk sendiri. Anda boleh memuat turun iOS 16 dalam tetapan seperti biasa dan selepas beberapa minit, skrin kunci anda mungkin kelihatan agak pelik. Semua pemberitahuan akan muncul dari bawah yang akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri.

    Pemberitahuan kini keluar dari bawah. Perlukan masa untuk membiasakan diri
    Pelbagai pilihan!
    Dalam mod Astronomi, anda boleh memilih sistem suria atau menetapkan peta negara anda
    Kertas dinding bertemakan emoji

    Ibu jari anda kini mempunyai masa yang lebih mudah untuk mencapai mesej. Anda juga harus melihat perubahan fon pada tarikh dan masa. Untuk permulaan, hanya sentuh dan tahan pada skrin kunci. Kemudian, anda akan melihat pilihan tetapan dengan alatan untuk menambah kertas dinding baharu daripada foto atau yang disediakan oleh Apple.

    Anda boleh memilih mana-mana imej mengikut keinginan anda dan menambah widget. Sebaik sahaja ditetapkan, anda akan melihat tiga bentuk kotak yang boleh dilihat untuk tarikh, masa dan widget. Anda juga boleh menukar penapis untuk imej pada skrin kunci dengan meleret ke kiri yang sangat menarik.

    Pilihan ‘filter’ pada skrin kunci
    Ini pilihan tetapan yang tersedia buat masa ini
    Pilih warna kegemaran anda
    Hampir semua pilihan warna tersedia

    Daripada segi widget, ia nampaknya hanya terdiri daripada beberapa aplikasi tetapan Apple seperti monitor bateri, kalendar, jam, peringatan dan aplikasi Kecergasan baharu yang disertakan dengan iOS 16. Kami berharap pada masa hadapan, lebih ramai pembangun dapat memanfaatkan widget skrin kunci.

    Kami teruja dengan pilihan tetapan fon dan warna untuk tarikh serta masa. Buat masa ini, terdapat hanya lapan jenis fon. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan warna yang anda boleh padankan dalam pilihan spektrum atau peluncur. Tambahan, anda juga boleh memasukkan kod warna hex P3.

    Selepas melengkapkan reka bentuk skrin kunci anda
    Anda masih boleh bertukar kembali ke skrin kunci anda sebelum ini

    Anda juga boleh menukar warna latar belakang imej yang anda pilih. Terdapat 12 warna latar belakang tetapi anda masih boleh menukar ton kontras daripada terang kepada gelap dengan mudah hanya dengan leretan. Seperti yang anda lihat dalam tangkapan skrin, keseluruhan latar belakang tidak mempunyai kesan bokeh tetapi saya cukup berpuas hati dengannya.

    Selepas selesai dengan menyesuaikan reka bentuk skrin kunci, iPhone akan bertanya kepada anda sama ada anda ingin menggunakannya pada skrin utama anda atau menyesuaikannya semula. Saya berharap mereka akan menambah butang batal “X” tetapi anda boleh keluar sahaja apabila anda memilih salah satu.

    "
    "
    Imej muka depan album kelihatan lebih besar (kiri). Selain itu, anda boleh memotong subjek daripada imej sebagai pelekat untuk iMessage (kanan)
    Mod kuasa rendah baharu di bahagian bateri (kiri) dan butang ‘edit’ dalam iMessage (kanan)
    Pemberitahuan disusun bersama tetapi anda boleh menyentuh untuk melihat semua mesej (kiri). Selain itu, album peribadi kini memerlukan FaceID (kanan)
    Butang ‘search’ untuk memudahkan pengguna
    Terdapat isu Apple App Store selepas kemas kini tetapi saya masih boleh memuat turun aplikasi baharu
    Anda berminat dengan tetapan kunci skrin yang disediakan?

    Selain itu, jika anda memilih untuk memasangkannya, anda boleh menyesuaikannya lagi dengan pilihan kesan bokeh, fade atau biarkan sahaja. Anda boleh bertukar antara skrin kunci dengan mudah jika anda ingin kembali ke skrin kunci asal anda. Apple menawarkan fleksibiliti termasuk kertas dinding dan widget skrin utama juga.

    Secara keseluruhannya, menetapkan skrin kunci adalah menyeronokkan dan anda boleh mengambil masa yang lama kerana teruja dengan ciri ini. Secara peribadi, saya rasa iOS 16 adalah peningkatan yang jauh lebih baik berbanding iOS 15 dan saya boleh katakan kesan keseronokan adalah pada tahap yang sama seperti pelancaran iOS 14.

    Agak pelik bahawa kita tidak boleh mengalihkan tarikh dan masa ke tempat lain pada skrin kunci tetapi saya rasa itu sudah dijangka kerana trademark skrin kunci Apple itu sendiri. Adakah anda telah mengemas kini iPhone anda kepada iOS 16?

    Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Terjemahan : TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured