More

    smart #5 rasmi di Malaysia sebagai SUV elektrik dengan perbatuan sehingga 590km bermula RM199,800

    smart Malaysia hari ini telah memperkenalkan smart #5 iaitu SUV elektrik baharu yang memfokuskan gaya, ketahanan dan prestasi untuk pengguna bandar. Ditawarkan dalam varian Premium dan BRABUS, model ini melengkapkan barisan smart #1 dan #3 sebagai pilihan EV bersaiz sederhana.

    Rekaannya menampilkan bentuk kotak dengan kabin lounge premium menggunakan kulit Nappa dan kemasan kayu oak, dilengkapi bumbung kaca panorama 1.7m² serta ruang simpanan luas termasuk but 1,530L dan frunk 72L. Teknologi turut dipertingkat melalui dua skrin OLED 13 inci, paparan AR HUD 25.6 inci, cipset AMD V2000, sistem audio SENNHEISER 20 pembesar suara dengan Dolby Atmos serta LEO iaitu avatar pintar berteknologi ChatGPT.

    Aspek keselamatan digalas dengan struktur 82% keluli berkekuatan tinggi, ketegaran tork 42,000Nm, tujuh beg udara, smart Pilot Assist, HWA dengan Stop & Go dan kamera 360°. Model ini juga meraih 5-Bintang Euro NCAP. Varian Premium dan Brabus bagi smart #5 berbeza dari segi prestasi, reka bentuk dan pengalaman pemanduan.

    Premium menawarkan SUV elektrik yang lebih elegan dan praktikal dengan kuasa lebih sederhana, jarak gerak sekitar 590 km, dalaman mewah dengan kulit Nappa dan fokus kepada keselesaan serta gaya. Sebaliknya, Brabus menekankan prestasi tinggi dengan sistem dwimotor AWD, pecutan 0–100 km/j lebih pantas, jarak gerak sedikit lebih rendah (~540 km), rekaan sporty termasuk kit badan Brabus dan rim 21-inci serta dalaman Dinamica microfibre dengan aksen merah.

    smart #5 menggunakan bateri 100kWh dengan jarak sehingga 590km WLTP dan menyokong seni bina 800V yang membolehkan pengecasan 10%–80% dalam 15 minit bersama AC 22kW dan DC sehingga 400kW. Varian Premium (RWD) memecut 0–100 km/j dalam 6.5s manakala BRABUS (AWD) hanya 3.8s.

    Pakej Pemilikan Premium Menyeluruh merangkumi jaminan bateri 8 tahun/200,000km, jaminan komponen 8 tahun/150,000km, jaminan kenderaan 4 tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan 24 jam, pengecas Wallbox, adaptor V2L, pakej aksesori dan data internet 3 tahun.

    Harga atas jalan tanpa insurans untuk varian Premium ialah RM199,800 manakala BRABUS RM249,800 (untuk 300 pelanggan terawal). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured