More

    SMART tawar Pas Perjalanan Tanpa Had RM68 sempena Merdeka ke-68

    Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Terowong SMART melancarkan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) iaitu pas perjalanan tanpa had khas bernilai RM68 yang sah digunakan selama sebulan di laluan tol SMART. Promosi bermula dari 16 Ogos hingga 16 September 2025.

    Kad MUTP adalah kad NFC Enhanced Touch ’n Go dan mesti diaktifkan melalui aplikasi Touch ’n Go eWallet menggunakan kod QR yang disediakan. Selepas tempoh promosi tamat, kad ini masih boleh digunakan seperti kad Touch ’n Go biasa untuk pembayaran tol, parkir dan pengangkutan awam.

    Lokasi jualan pas:

    • Lorong tol SMART (arah KL utara dan Sg. Besi selatan)
    • Kaunter jualan Plaza Tol SMART RSA KESAS – Kinrara dan Awan Besar
    • Kaunter Tol KESAS – Kemuning, Sunway, Awan Besar (Barat dan Timur)
    • Kaunter SPRINT – Plaza Tol Bukit Kiara
    • Kaunter LDP – Petaling Jaya Utara (hentian sebelah)
    • Ruang pameran di Dataran Singgah Sana, TRX, Kuala Lumpur

    Pembelian hanya boleh dibuat secara fizikal dan bayaran diterima melalui DuitNow QR. Sedikit trivia, Terowong SMART merupakan gabungan lebuh raya dan terowong banjir pertama di dunia yang berfungsi sebagai laluan trafik dan sistem saliran untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan pas MUTP dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SMART

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...