More

    Snapdragon 480 5G diumum: Cipset 8nm baru untuk peranti murah, dengan sokongan 5G

    Selain mengeluarkan cipset kelas pertengahan seperti Snapdragon 732G atau Snapdragon 750G, Qualcomm turut mengeluarkan cipset untuk peranti kelas permulaan. Terkini, Qualcomm telah mengumumkan cipset baharu untuk peranti 5G yang lebih berpatutan harganya, Snapdragon 480.

    Snapdragon 480 ialah pengganti kepada Snapdragon 460 yang telah diumum pada awal 2020. Cip dengan proses 8nm ini hadir dengan sistem Snapdragon X51 5G Modem-RF, sokongan mmWave dan rangkaian Sub-6 GHz.

    Dari segi CPU, ia dilengkapi Kryo 460 berasaskan Cortex-A76 pada kelajuan 2.0GHz dan teras A55 pada 1.8GHz. Dari segi GPU pula, ia dioperasikan Adreno 619. Menurut Qualcomm, tugasan kecerdasan buatan (AI) adalah 70% lebih pantas dengan kehadiran Qualcomm Hexagon 686.

    Walaupun cip ini adalah untuk peranti dengan harga berbaloi, ia masih menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, resolusi FHD+, kamera 64MP dan rakaman 1080p pada 60fpd. Cipset baru ini turut menyokong mod SA dan NSA 5G, Dynamic Spectrum Sharing (DDS), WiFi 6 dan Bluetooth 5.1.

    Snapdragon 480 bakal menjana peranti dengan harga berpatutan dari jenama seperti Xiaomi, vivo, OPPO, Motorola, Nokia dan lain-lain pada tahun 2021.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured