More

    Snapdragon 8 Gen 5 dilancar: Peningkatan prestasi 46% dengan kelajuan 3.8Ghz

    Qualcomm Technologies telah memperkenalkan Snapdragon 8 Gen 5, cip mudah alih premium yang menawarkan prestasi unggul serta teknologi tercanggih untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap inovasi AI, kamera dan pengalaman gaming yang lebih imersif. Platform baharu ini menyertai rangkaian premium Qualcomm, memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada pengeluar dan pengguna.

    Snapdragon 8 Gen 5 direka untuk menjadikan telefon pintar lebih intuitif melalui integrasi AI yang lebih pintar. Dengan Qualcomm Sensing Hub, pengguna boleh mengaktifkan pembantu AI hanya dengan mengangkat peranti. Cip ini turut menampilkan Qualcomm AI Engine dan NPU Hexagon yang memberikan peningkatan prestasi sehingga 46%, membolehkan interaksi lebih pintar, respons kontekstual, dan cadangan yang lebih diperibadikan untuk semuanya dijalankan secara on-device.

    Daripada segi kelajuan, platform ini menggunakan CPU Qualcomm Oryon yang mampu mencapai sehingga 3.8 GHz, menawarkan peningkatan prestasi 36% dan tindak balas pelayaran web 76% lebih pantas. GPU Adreno dengan seni bina “sliced” turut meningkatkan prestasi grafik dan permainan sebanyak 11%. Snapdragon 8 Gen 5 dijangka hadir dalam peranti flagship daripada jenama global seperti iQOO, Motorola, OnePlus dan vivo.

    Lawati laman web rasmi Qualcomm untuk ketahui lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...