More

    Snapdragon 888 Pro kini sedang diuji oleh jenama telefon pintar China

    Cipset telefon pintar andalan Snapdragon 888 baru sahaja dilancarkan pada lima bulan lalu namun kini Qualcomm sudah pun mengusahakan cipset yang lebih canggih untuk telefon masa hadapan. Cipset yang dinamakan Snapdragon 888 Pro ini dilaporkan telah pun diberi kepada syarikat telefon pintar China untuk pengujian awal.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, telefon pintar yang dilengkapi cipset Snapdragon 888 Pro akan mula dilancar pada suku ketiga tahun ini. Jumlah telefon yang dilengkapi cipset tersebut dijangka adalah lebih tinggi daripada jumlah telefon yang dilengkapi Snapdragon 865 Plus pada tahun lalu.

    Teras utama Cortex-X1 dalam cipset tersebut dilaporkan akan mempunyai kelajuan clock yang lebih tinggi berbanding dalam Snapdragon 888, manakala tujuh teras lagi akan mempunyai kelajuan clock yang sama.

    Sumber turut menyatakan bahawa cuaca adalah sangat panas dan akan mempengaruhi proses pengilangan telefon andalan baru. Ini mungkin merujuk kepada musim kemarau yang melanda Taiwan sekarang dan akan menjejaskan penghasilan cipset oleh pelbagai syarikat semikonduktor termasuk TSMC.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured