More

    Snapdragon X2 Plus tiba dengan peningkatan prestasi sehingga 35% dan AI 80 TOPS

    Qualcomm Technologies secara rasmi mengumumkan platform Snapdragon X2 Plus sempena CES 2026 yang memperluaskan barisan Snapdragon X Series untuk PC Windows 11 Copilot+. Snapdragon X2 Plus dikuasakan oleh CPU Qualcomm Oryon generasi ketiga yang menawarkan peningkatan sehingga 35% prestasi untuk single-core dengan penjimatan kuasa sehingga 43%.

    Untuk AI, ia dilengkapi Qualcomm Hexagon NPU dengan keupayaan sehingga 80 TOPS, menyokong ciri AI generasi baharu serta pengalaman Copilot+ PC yang lebih pintar dan responsif. Snapdragon X2 Plus turut menyokong Wi-Fi 7, pilihan sambungan 5G dan ciri keselamatan lanjutan melalui Snapdragon Guardian.

    Menurut Qualcomm, peranti berasaskan Snapdragon X2 Plus daripada pengeluar OEM terkemuka dijangka mula ditawarkan kepada pengguna pada penggal pertama 2026. Dengan pelancaran ini, Qualcomm terus memperkukuh ekosistem Windows 11 Copilot+ PC berasaskan Snapdragon sambil membawa keupayaan AI dan prestasi premium kepada lebih ramai pengguna.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured