More

    Snapdragon X2 Series tiba di Malaysia dengan kecekapan kuasa, prestasi AI dipertingkat

    Qualcomm baru sahaja memperkenalkan Snapdragon X2 Series sebagai generasi baharu platform AI PC berasaskan Windows yang memfokuskan kepada peningkatan prestasi, kecekapan kuasa dan kemampuan AI pada peranti.

    Menurut Qualcomm, siri cip baharu dibangunkan untuk memenuhi keperluan penggunaan moden termasuk multitugas, aplikasi kreatif, penstriman, komunikasi dan kerja berasaskan AI. Snapdragon X2 Series turut membawa sokongan gaming yang dipertingkatkan termasuk keserasian lebih luas untuk permainan PC moden.

    AI PC berasaskan Snapdragon kini memberi tumpuan kepada penggunaan dunia sebenar seperti ketahanan bateri, mobiliti, prestasi responsif dan kemampuan AI berbanding sekadar spesifikasi semata-mata. Platform ini juga mengekalkan pendekatan seni bina berorientasikan kecekapan kuasa yang menjadi fokus utama Qualcomm untuk komputer riba nipis dan ringan.

    Antara ciri utama yang diketengahkan termasuk:

    • Prestasi lebih responsif untuk multitugas dan produktiviti
    • Bateri tahan lebih lama untuk penggunaan sepanjang hari
    • Rekaan lebih nipis dan ringan
    • Sistem penyejukan lebih efisien dan operasi lebih senyap
    • Dedicated NPU untuk pemprosesan AI on-device
    • Sokongan gaming dan hiburan lebih baik menerusi Snapdragon X2 Series

    Qualcomm mengatakan bahawa AI PC kini semakin relevan dalam kalangan pelajar dan golongan profesional yang memerlukan komputer mudah alih dengan sokongan AI terbina. Beberapa pengeluar utama yang kini menawarkan AI PC berasaskan Snapdragon termasuk Acer, ASUS, HP, Lenovo dan Microsoft.

    Antara model Snapdragon X2 Series yang disahkan akan memasuki pasaran Malaysia ialah ASUS Zenbook A16, Lenovo IdeaPad 5 2-in-1 dan Lenovo Yoga Slim 7x. Pelanggan di Malaysia boleh mendapatkan AI PC Snapdragon menerusi kedai utama seperti Harvey Norman, Thunder Match dan PC Image.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured