More

    SNS lancarkan tawaran peranti mampu milik untuk pelajar, penjimatan sehingga RM400

    SNS Network Technology Bhd iaitu penyedia sistem dan penyelesaian ICT dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran tawaran peranti khas untuk pelajar kerana kini kebanyakan pelajar belajar dalam talian dan memerlukan alat untuk memudahkan akses mereka.

    Mulai September 2022, 550 bilik darjah di 110 sekolah seluruh negara akan mengguna pakai Projek Perintis Bilik Darjah Hibrid sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mempercepatkan pendigitalan dan menerima pakai teknologi maklumat serta komunikasi dalam sistem pendidikan awam.

    KPM juga telah memulakan program tiga fasa yang bernilai RM1.3 bilion untuk menambah baik dan menggantikan peralatan serta infrastruktur ICT termasuk desktop, komputer riba, pencetak dan projektor di sekolah di seluruh negara. Fasa pertama membabitkan RM411.8 juta untuk 3,900 sekolah hampir siap.

    Fasa kedua pula menggantikan peranti di 3,455 sekolah dengan peruntukan RM460.0 juta akan siap pada awal 2023 manakala fasa ketiga untuk 3,400 sekolah dengan peruntukan sebanyak RM430.0 juta dijadualkan siap pada penghujung 2023.

    Tawaran istimewa itu meliputi peranti HP dari serendah RM599 dengan penjimatan RM400 dan peranti Lenovo bermula RM1,249 dengan penjimatan RM200. Peranti yang dilengkapi dengan JOI juga dijual pada harga serendah RM599 dengan penjimatan RM600.

    Selain tawaran istimewa, peranti premium juga tersedia dengan pilihan iPad, MacBook Air, MacBook Pro dan Microsoft Surface. Model lain yang tersedia termasuk AVITA dan HUAWEI MatePad. Untuk maklumat lanjut tentang penawaran produk, layari laman rasmi GLOO untuk pembelian dalam talian atau iTworld.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured