More

    SNS tandatangani perjanjian penajajaminan dengan M&A Securities untuk penyenaraian IPO

    Syarikat teknologi informasi dan komunikasi tempatan SNS Network Technology Berhad telah menandatangan sebuah Perjanjian Penajajaminan (Underwriting Agreement) dengan M & A Securities Sdn Bhd bagi memulakan langkah tawaran awam awal (initial public offering, IPO) dalam ACE Market, Bursa Malaysia.

    IPO ini melibatkan penghasilan 362.9 juta syer awam baharu untuk SNS, melibatkan 22.5 peratus daripada saham modal besar (enlarged share capital) dan tawaran untuk jualan sebanyak 48.4 juta syer sedia ada kepada pelabur terpilih dengan cara Penenpatan Persendirian (Private Placement).

    Daripada 362.9 juta syer baharu, 80.6 juta syer akan ditawarkan kepada orang awam melalui undian (balloting) serta 48.4 juta syer baharu untuk para Pengarah yang layak, pekerja dan individu yang menyumbang kepada kejayaan SNS seperti yang tertera dalam Pink Form Allocations.

    201.6 juta saham akan disimpan untuk penenpatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) manakala baki 32.3 juta saham akan diberikan kepada pelabur terpilih.

    M&A Securities akan menaja jamin 129 juta syer baharu yang boleh dimohon oleh orang awam dan Pink Form Allocations. SNS dijadual untuk disenaraikan dalam ACE Market Bursa Securities pada September 2022.

    Jika anda tidak kenal dengan SNS, ia adalah syarikat yang terlibat dalam perdagangan produk ICT seperti peranti dan kelengkapan elektronik. Ia mempunyai jenama produk sendiri, JOI dan juga kedai fizikal serta atas talian. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pembaikian produk Apple, Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured