More

    Sokong Visit Malaysia 2026, U Mobile laksana 5G dalam bangunan di terminal utama dan tawar data 100GB buat pelancong

    U Mobile melaksanakan liputan 5G dalam bangunan (IBC) di enam hab pengangkutan utama dengan sokongan EDOTCO meliputi keseluruhan tingkat dan fasiliti terminal tanpa bergantung kepada hotspot. Lokasi terlibat ialah KLIA Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Penang Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

    Seiring kempen Visit Malaysia 2026, U Mobile turut memperkenalkan ULTRA Tourist Plan yang menawarkan 100GB data berkelajuan tinggi percuma selama 24 jam kepada pelancong antarabangsa melalui pendaftaran eSIM, sah dari 12 Februari hingga 31 Disember 2026.

    Majlis pelancaran di KLIA Terminal 1 disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Pada majlis sama, demonstrasi kamera 5G RedCap distrim secara langsung bagi menunjukkan penggunaan rangkaian selular tanpa sambungan berwayar.

    U Mobile menyasarkan peluasan liputan 5G dalam bangunan ke lebih 600 tapak menjelang separuh kedua 2029 dengan lokasi tambahan pada 2026 termasuk Kuching, Pulau Pinang, Senai, Kuantan, KL Sentral dan JB Sentral. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured