More

    Sokongan Windows 10 berakhir Oktober 2025, petanda kedatangan Windows 11

    Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi Windows serba baharu pada 24 Jun ini. Sehubungan dengan itu, sebuah halaman sokongan untuk Windows 10 dilihat telah diubah suai.

    Melihat kepada halaman tersebut, Windows 10 dilihat akan diberi sokongan sehingga 14 Oktober, 2025. Selepas tarikh tersebut, Windows tidak akan lagi memberi sebarang kemas kini dan sokongan untuk Windows 10. Tarikh tersebut adalah 3 bulan selepas hari jadi Windows 10 yang kesepuluh.

    Ini mengesahkan bahawa Windows 10 akan menghampiri jangka hayatnya tidak lama lagi.

    Sehingga kini, Microsoft tidak lagi memberi petanda mengenai nama baru perisian mereka. Namun, mereka dijangka akan meneruskan cara penamaan mengikut nombor, jadi Microsoft 11 mungkin adalah nama barunya.

    Versi terbaru Windows ini akan hadir dengan beberapa perubahan antara muka, perubahan pada Microsoft Store dan juga beberapa ciri baru yang menarik.

    Nantikan berita lanjut mengenai Windows 11 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured