More

    Sonos anjur “pop-up” di Starhill, diskaun hingga 25% dan pemasangan percuma!

    Sonos menganjurkan pameran pop-up di The Starhill, Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 April 2026 yang memfokuskan kepada demonstrasi sistem audio rumah bersepadu merangkumi soundbar, pembesar suara pelbagai bilik dan fon kepala dalam satu ekosistem. Acara yang dibawakan oleh TC Acoustic itu turut memperkenalkan produk baharu termasuk Sonos Play dan Era 100 SL dengan model Era 100 SL ditawarkan pada harga RM1,099.

    Sepanjang tempoh pameran, diskaun sehingga 25% ditawarkan bagi produk terpilih. Antara harga promosi termasuk Sonos Arc Ultra pada RM4,649 (asal RM5,899), Era 300 pada RM2,249 (asal RM2,799), Sub 4 pada RM3,849 (asal RM4,799) dan Beam Gen 2 pada RM2,399 (asal RM2,999). Pakej Arc Ultra bersama Sub 4 pula ditawarkan pada RM8,498 berbanding harga asal RM10,698.

    Pembelian pakej tertentu melayakkan pelanggan menerima sebuah Sonos Era 100 percuma untuk 10 pelanggan terawal. Pembeli Sonos Ace turut menerima hadiah tempat letak fon kepala untuk 35 unit terawal. Tambahan diskaun RM300 diberikan bagi pembelian melebihi RM5,000 manakala RM500 untuk pembelian melebihi RM8,000.

    Pelanggan yang membeli set penuh teater rumah terdiri daripada Sonos Arc Ultra, dua unit Sub 4, dua Era 300 dan Sonos Ace akan menerima pemasangan profesional percuma bernilai sehingga RM1,000 di kawasan Lembah Klang. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti “The Sonos Journey” yang menawarkan baucar RM50 selepas melengkapkan tiga stesen pengalaman serta menyertai permainan gachapon dengan hadiah termasuk Sonos Ace.

    Pameran ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...