More

    Sony bakal lancarkan platform PlayStation pada telefon pintar, sedang dalam pembangunan

    Sony mahu membawa platform PlayStation ke telefon pintar dan mengembangkan tawaran perkhidmatannya. Dokumentasi daripada portal pelabur Sony mendedahkan bahawa Sony Interactive Entertainment mahu mengembangkan lebih banyak ke ruang mudah alih.

    Keputusan ini berkemungkinan satu langkah yang diputuskan oleh Sony kerana mudah alih terus menjadi platform yang semakin berkembang dalam industri gaming dan banyak potensi dalam pertumbuhan syarikat Sony.

    Jika dilihat kejayaan Activision Blizzard dalam game mudah alih seperti Call Of Duty: Mobile, ia membuatkan Sony mahu menyertai platform mudah alih. Bukan itu sahaja, game popular seperti Diablo Immortal dan Warcraft Arclight Rumble juga turut berpotensi untuk menjadi popular.

    Dalam mesyuarat pelabur korporat baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan membincangkan strategi syarikat untuk beberapa tahun akan datang. Ryan menyatakan bahawa mereka ingin memanfaatkan IP dalam ruang mudah alih untuk jangka panjang dan mereka berhasrat untuk menyampaikannya secara berterusan.

    Ini tidak memberikan sebarang butiran konkrit tentang perkara yang dimaksudkan oleh IP Sony untuk mudah alih. Tetapi kemungkinan Sony sudah mempunyai idea yang baik dalam perancangan akan datang. Ryan sebelum ini menyatakan bahawa SIE berminat untuk membawa game-nya ke ruang mudah alih.

    Pada Mei 2021, Sony mengatakan bahawa mereka sedah meneroka platform mudah alih. SIE juga merancang untuk mengembangkan lebih banyak lagi ke dalam ruang perkhidmatan langsung dengan pemerolehan Bungie. Bungie akan meminjamkan kepakarannya kepada PlayStation Studios membantu membina Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Langsung SIE.

    Langkah ini menunjukkan masa depan yang menarik untuk peminat PlayStation. Adakah anda berminat dengan langkah yang dilakukan oleh Sony? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: AndroidHeadlines

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured