More

    Sony hidupkan semula filem Metal Gear Solid, lantik pengarah Final Destination

    Sony Pictures kini menghidupkan semula pembangunan filem adaptasi permainan video Metal Gear Solid dengan pelantikan dua pengarah baharu bagi menerajui projek tersebut. Menurut sumber, Zach Lipovsky dan Adam B. Stein telah dipilih untuk mengarahkan filem berkenaan yang menandakan perkembangan terkini bagi projek yang telah lama berada dalam fasa pembangunan.

    Kedua-dua pengarah tersebut sebelum ini dikenali menerusi projek berkaitan francais Final Destination dan pelantikan mereka dibuat susulan kerjasama baharu dengan Sony. Ia akan dibangunkan bawah label Sony Pictures, namun setakat ini tiada butiran lanjut didedahkan mengenai jalan cerita, barisan pelakon atau tarikh tayangan rasmi.

    Projek adaptasi Metal Gear Solid bukan perkara baharu dengan usaha membawa francais permainan popular itu ke layar perak telah melalui beberapa perubahan sebelum ini termasuk pertukaran pengarah dan skrip. Buat masa ini, status projek adalah dalam pembangunan aktif dengan pasukan baharu tanpa pengesahan lanjut mengenai skala produksi atau hala tuju penceritaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Hollywood Reporter

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured