More

    Sony lancarkan pendingin hawa boleh pakai, harga bermula ~RM575

    Ya betul, pendingin hawa boleh pakai. Baru-baru ini, Sony telah melancarkan sebuah peranti menarik yang sangat berguna di negara beriklim panas seperti di Malaysia.

    Pendingin hawa boleh pakai ini hadir dengan nama Reon Pocket 2. Cara memakai peranti ni adalah dengan meletakkannya di leher seperti seutas rantai dan kipasnya menghadap ke arah belakang badan.

    Sony Reno Pocket 2 adalah peranti generasi kedua yang dapat menawarkan prestasi penyejukan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Ia juga kalis peluh dan titisan air, jadi pengguna boleh memakainya sewaktu melakukan aktiviti luar seperti berjalan dan bermain golf.

    Reon Pocket 2

    Yang menarik, pengguna boleh menghubungkan peranti ini dengan telefon pintar mereka untuk memantau dan mengawal suhu semasa. Reon Pocket 2 mampu bertahan selama 4 jam dengan mod suhu level 1. Jika anda menggunakan mod suhu 4, ia akan bertahan selama 1.5 – 2 jam sahaja.

    Reno Pocket 2 ini hadir dengan tanda harga $140 (~RM575) dan hanya dijual untuk pasaran Jepun sahaja.

    Adakah anda berminat dengan Reon Pocket 2 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : BGR

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured