More

    Sony lancarkan ULT POWER SOUND: Siri produk audio baharu untuk pembesar suara dan fon telinga

    Pada hari ini, Sony melancarkan siri produk audio baharu iaitu Sony ULT POWER SOUND Series yang dikhaskan untuk pencinta muzik. Sony menyifatkan audio daripada siri produk ini sebagai sangat dalam (deep bass sound) dan boleh menghasilkan pengalaman seperti berada dalam konsert.

    Setiap produk dalam siri ini mempunyai butang ULT yang menyediakan kualiti audio tersendiri dan membenarkan pengguna memilih di antara dua mod bunyi ULT1 atau ULT2. Dalam mempromosi produk ini, Sony telah bekerjasama dengan artis Mexico, Peso Pluma, untuk menghasilkan muzik berkualiti tinggi buat para peminat.

    Siri ULT POWER SOUND terdiri daripada pembesar suara ULT TOWER 10, pembesar suara wayarles ULT FILED 7 dan ULT FILED 1 serta fon kepala ULT WEAR.

    ULT TOWER 10 merupakan sebuah pembesar suara yang boleh hasilkan audio frekuensi rendah (low-end frequencies) untuk kualiti bass yang padu. Pengguna boleh tekan butang ULT untuk pilih ULT1 bagi meningkatkan deep bass boost dan bunyi frekuensi rendah, atau ULT2 untuk bass yang berkuasa.

    Sony ULT Tower 10

    Pembesar suara ini boleh menjana audio ke semua arah dan mempunyai lampu 360° Party Light yang menyala mengikut rentak lagu. Ia juga boleh dihubungkan dengan mikrofon untuk karaoke, gitar elektrik untuk persembahan muzik atau televisyen untuk meningkatkan kualiti audio daripada filem dan video.

    Jika anda mempunyai pembesar suara tambahan, ULT TOWER 10 boleh dihubungkan dengan lebih 100 pembesar suara melalui Party Connect untuk menghasilkan pengalaman audio yang seragam.

    ULT FIELD 7 pula menawarkan fungsi yang hampir sama dengan ULT TOWER 10, namun dalam reka bentuk yang wayarles serta mempunyari rating kalis air dan debu IP67. Baterinya boleh bertahan sehingga 30 jam, manakala pengecasan selama 10 minit sahaja boleh memainkan muzik sehingga tiga jam.

    Sony ULT FIELD 7
    Sony ULT FIELD 7
    Sony ULT FIELD 1
    Sony ULT FIELD 1

    ULT FIELD 1 pula adalah pembesar suara wayarles yang lebih kecil, dengan bateri yang boleh bertahan selama 12 jam. Ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP67 supaya ia boleh digunakan di luar. Ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam, putih, kelabu dan oren.

    "
    "

    Sementara itu, ULT WEAR adalah fon kepala wayarles yang mempunyai teknologi pembatalan hingar (noise cancelling) mirip siri Sony 1000X. Dengan cip Integrated Processor V1, ia boleh membatalkan hingar di sekeliling dengan sangat efektif.

    Ia mempunyai kusyen yang selesa untuk dipakai di sekeliling telinga dan boleh dilipat supaya ia lebih mudah disimpan. Ia boleh dihubungkan dengan dua peranti serentak, manakala baterinya boleh bertahan sehingga 50 jam. Pengecasan selama tiga minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama 90 minit.

    Sony ULT WEAR

    ULT WEAR akan dijual di Malaysia bermula bulan April, manakala produk ULT lain akan dijual di Malaysia bermula bulan Jun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured