More

    Sony LinkBuds Fit x Hatsune Miku kini dijual pada harga RM999 – Terhad 50 unit sahaja

    Sony Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran fon telinga wayarles LinkBuds Fit dengan pembatalan hingar edisi kolaborasi eksklusif bersama ikon virtual Jepun, Hatsune Miku. Model WF-LS910N ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti hitam, putih dan hijau

    Namun, hanya 50 unit edisi Hatsune Miku ditawarkan secara eksklusif di Sony Store, BBCC Lalaport, bermula jam 10 pagi hari ini. Set edisi terhad disertakan dengan fon kepala LinkBuds Fit, figura digital ‘Holomodel’ Hatsune Miku dalam bentuk AR dengan ilustrasi eksklusif oleh ogipote serta lagu khas ‘BELIEVE DAY’ dan satu Acrylic Stand bertemakan Miku.

    Kesemuanya adalah item eksklusif yang tidak dijual secara berasingan. Menariknya, tiada sebarang ukiran atau cetakan pada fon kepala atau bekas yang mengekalkan reka bentuk asal LinkBuds Fit. Sorotan utama lain untuk LinkBuds Fit ialah fungsi pembatalan hingar berprestasi tinggi, ciri ambient sound capture automatik dan reka bentuk yang sesuai untuk kegunaan harian.

    LinkBuds Fit edisi kolaborasi eksklusif bersama Hatsune Miku dijual pada harga RM999. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Sony Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...