More

    Sony LinkBuds S dilancar: Fon telinga wayarles kecil dengan ANC, kalis air IPX4 bermula ~RM880

    Sony telah melancarkan model baharu dalam siri fon telinga wayarles LinkBuds iaitu Sony LinkBuds S. Seperti LinkBuds sebelum ini, LinkBuds S menampilkan rekaan ringan, selesa dan minimalis yang membenarkan pengguna untuk memakaikannya dalam tempoh yang lama, namun ia tidak mempunyai rekaan lubang ikonik yang terdapat pada LinkBuds.

    Sony mengatakan LinkBuds S adalah fon telinga wayarles paling kecil dan ringan yang dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif (active noise cancelling, ANC) serta pengiktirafan audio Hi-Res. Ia mempunyai berat 4.8 gram sahaja dan rekaan ergonomik untuk dipakaikan dengan selesa pada telinga.

    Walaupun dengan ANC, fon telinga ini turut dilengkapi mod bunyi persekitaran (ambient sound mode) yang boleh merendahkan tahap ANC secara automatik apabila pengguna berinteraksi dengan orang lain. Adaptive Sound Control pula akan melaraskan tahap ANC berdasarkan lokasi pengguna.

    Sewaktu membuat panggilan telefon pula, ia dilengkapi mikrofon Sony Precise Voice Pickup yang akan merakam suara pengguna dengan jelas. Daripada segi spesifikasi, ia mempunyai pemacu 5mm dan Sony Integrated Processor V1 untuk pembatalan hingar yang lebih efektif.

    Untuk bateri, fon telinga ini boleh bertahan selama enam jam jika ANC diaktifkan. Apabila ia digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas, ia boleh bertahan selama 14 jam. Pengecasan selama limat minit pula boleh membuatkan bateri bertahan sehingga 60 minit.

    Fon telinga ini turut menyokong teknologi codec LDAC, hubungan Bluetooth LE Audio dan DSEE Extreme yang meningkatkan mutu (upscale) fail muzik. Ia boleh dihubungkan dengan sistem pembantu Google Assistant dan Alexa, serta menawarkan fungsi Google Fast Pair untuk hubungan mudah dengan peranti Android dan Swift Pair untuk hubungan mudah dengan komputer Windows.

    Sony LinkBuds S akan mula dijual di Malaysia pada 7 Jun 2022, namun harganya masih belum diketahui. Harga untuk pasaran antarabangsa pula bermula daripada USD200 (~RM880). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured