More

    Sony memperkenalkan kamera Alpha 7 IV 33MP, lampu kilat HVL-F60RM2 dan HVL-F46RM

    Sony telah mengumumkan tiga penambahan produk baharu dalam barisan kameranya iaitu kamera lensa yang boleh ditukar ganti Alpha 7 IV bersama sensor gambar bingkai penuh 33MP serta dua lampu kilat HVL-F60RM2 dan HVL-F46RM.

    Alpha 7 IV terbaru ini menggunakan enjin pemprosesan BIONZ XR™ yang memberikan autofokus (AF) berkelajuan tinggi, penangkapan berterusan tanpa henti pada 10fps dengan penjejakan AF/AE. Badan kamera ini menggunakan SORPLAS™ plastik kitar semula asli Sony dan pembungkusan dengan bahan yang dapat dikitar semula dan kurang plastik.

    Ia dilengkapi dengan sensor gambar Exmor R™ CMOS 33MP di mana ISO kamera boleh diperluas sehingga ISO 50 – 204800. Dengan resolusi tinggi, ia mengekspresikan gradient yang halus, perincian dan tekstur halus subjek sambil mengurangkan noise. Julat dinamik 15 henti tetapan menampilkan tampilan kreatif (creative look) yang dapat membantu meneutralkan sesuatu imej ketika mengambil gambar mahupun video.

    Alpha 7 IV mengesan subjek dengan penjejakan masa nyata (real-time tracking) dan 759 titik AF merangkumi pengesanan 94% di kawasan gambar. Kini, AF dapat mengesan mata burung dan haiwan untuk gambar dan video selain manusia. Ketepatan pengesanan wajah dan mata manusia adalah 30% lebih baik, berbanding dengan Alpha 7 III. Teknologi yang diambil daripada produksi filem dunia nyata termasuk S-Cinetone™ memberikan penampilan sinematik yang mantap.

    Filem berkualiti tinggi dicapai dengan rakaman 4K 60p dalam mod super 35mm dan rakaman hingga 4K 30p dengan pengambilan sampel 7K dalam mod bingkai penuh. Ia juga mempunyai pensampelan warna kedalaman 10-bit 4: 2: 2 untuk membolehkan gradient semula jadi, pengekodan intra-bingkai XAVC S-I™ untuk aliran kerja penyuntingan yang lebih cekap dan XAVC HS™ untuk mampatan berganda.

    Selain itu, pemidang tilik (viewfinder) OLED Quad-VGA 3.68 juta titik adalah 1.6 kali resolusi pemidang tilik berbanding Alpha 7 III membolehkan pengguna kualiti gambar yang meminimumkan warna palsu dan meningkatkan resolusi. 

    Lampu kilat HVL-F60RM2 mengembangkan sistem pencahayaan Alpha dengan liputan GN 60 dan 20-200mm dan HVL-F46RM dengan GN 46 dan 24-105mm. Lampu kilat tanpa wayar menawarkan kawalan tepat, kelajuan tinggi yang ditingkatkan dan pengendalian intuitif yang direka untuk memenuhi keperluan profesional dan lanjutan ketika merakam dengan kamera Sony Alpha, termasuk Alpha 7 IV.

    Lampu kilat HVL-F60RM2 dapat meningkatkan prestasi penangkapan berterusan sehingga 200 kali dalam 10 bingkai sesaat untuk dan 60 kali untuk HVL-F46RM. Algoritma kilat yang dioptimumkan memastikan kedua-duanya tahan panas dan memiliki set empat bateri Ni-MH (Nikel-logam hidrida) yang memberi kuasa sehingga 240 kilat dengan masa kitar semula 1.7 saat untuk HVL-F60RM2 dan 320 kilat dalam 2.0 saat untuk HVL-F46RM.

    "
    "

    Alpha 7 IV dan kedua-dua lampu kilat dikatakan akan tiba di Malaysia pada bulan disember ini. Anda boleh kunjungi laman web Sony untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...