More

    Sony perkenalkan Koleksi Deep Earth, pilihan warna metalik baharu untuk aksesori PS5

    Sony telah mengumumkan satu set warna baharu untuk konsol PlayStation 5 yang dipanggil Koleksi Deep Earth. Set warna baharu ini didakwa mendapat inspirasi daripada warna cantik dan berkuasa yang terdapat di kedalaman planet Bumi.

    Terdapat tiga warna yang menjadi sebahagian daripada koleksi ini iaitu Volcanic Red, Cobalt Blue dan Sterling Silver. Seperti set pilihan warna sebelumnya, Koleksi Deep Earth hanya akan tersedia sebagai sarung dan pengawal yang bermaksud ia hanya aksesori untuk konsol PS5 yang sedia ada.

    Sarung pilihan berharga $60 (~RM281) setiap satu dan pengawal DualSense berharga $75 (~RM351). Tempahan bermula 4 Oktober dengan Volcanic Red dan Cobalt Blue tersedia mulai 3 November 2023 dan Sterling Silver tersedia pada 26 Januari 2024. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Sony Malaysia tentang ketersediannya dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori PS5 terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured