More

    Sony perluas siri INZONE di Malaysia dengan fon kepala, papan kekunci dan tetikus “gaming” baharu

    Sony Malaysia mengumumkan pengembangan besar dalam barisan aksesori gaming INZONE dengan pelancaran beberapa produk baharu yang dibangunkan melalui kerjasama rapat bersama pasukan esports antarabangsa Fnatic. Barisan produk tersebut merangkumi fon kepala INZONE H9 II, fon telinga INZONE E9, papan kekunci INZONE KBD-H75, tetikus INZONE Mouse-A dan pad tetikus INZONE Mat-D serta INZONE Mat-F.

    Headset INZONE H9 II tampil sebagai model utama dengan pilihan warna hitam dan putih. Ia dilengkapi unit pemandu baharu berasaskan teknologi audio daripada siri WH-1000XM6, selain mikrofon boom cardioid yang boleh ditanggalkan dan direka untuk menghasilkan suara lebih jelas.

    Headset ini turut menyokong sambungan berkelajuan ultra rendah menggunakan dongle USB-C 2.4GHz dan sambungan serentak melalui LE Audio serta Bluetooth. Baterinya mampu bertahan sehingga 30 jam dengan berat sekitar 260 gram. Bagi pemain profesional, Sony memperkenalkan INZONE E9 iaitu fon telinga dalam telinga berwayar dengan reka bentuk kompak.

    Ia dibangunkan dengan maklum balas daripada Fnatic untuk mengoptimumkan pengesanan bunyi seperti langkah kaki atau tembakan dari jarak jauh. Model ini menampilkan struktur tertutup sepenuhnya bagi memberikan pengasingan bunyi pasif lebih baik dan diluluskan untuk digunakan di kejohanan Apex Legends Global Series Year 5 Championship.

    Sementara itu, INZONE KBD-H75 merupakan papan kekunci gaming pertama daripada Sony dengan rekaan padat 75%. Ia juga menawarkan fungsi rapid trigger untuk tindak balas pantas, kadar pengundian sehingga 8000Hz, binaan kukuh menggunakan casis aluminium dan hadir dengan butang kawalan berputar yang boleh diprogramkan mengikut keperluan pemain.

    Menemani papan kekunci tersebut ialah INZONE Mouse-A, tetikus tanpa wayar ultra ringan seberat hanya 48.4 gram. Badannya dibina dengan bahan berasaskan hollow glass microspheres untuk memastikan ketahanan tanpa menambah beban. Ia menawarkan pengesan khusus sehingga 30,000 DPI, kadar pengundian 8000Hz dan hayat bateri yang boleh mencapai 90 jam.

    Sony turut melancarkan dua pad tetikus iaitu INZONE Mat-F dan INZONE Mat-D. Mat-F setebal 6mm menggunakan bahan SlimFlex dengan permukaan bertekstur untuk kawalan tepat manakala Mat-D setebal 4mm pula direka dengan geseran rendah untuk pergerakan pantas. Kedua-duanya dilengkapi kemasan anti-fray yang menjadikan permukaan lebih tahan lama.

    Menurut Sony, semua produk kecuali H9 II kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia, manakala INZONE H9 II dijadualkan mula dijual pada November 2025. Sony kini menganjurkan promosi Purchase With Purchase (PWP) terhad untuk produk INZONE yang sudah tersedia di pasaran. Melalui promosi ini, pembeli boleh mendapatkan fon telinga, papan kekunci, tetikus gaming dan pad tetikus pada harga masing-masing RM449, RM999, RM499, RM229 (Mat-F) dan RM139 (Mat-D).

    "
    "

    Namun, hanya satu item layak menerima diskaun PWP bagi setiap pembelian produk siri INZONE pada harga penuh dan diskaun akan diberikan kepada item yang lebih murah selagi stok masih ada. Selain itu, pengguna yang mendaftar waranti produk turut berpeluang menerima kredit Touch ‘n Go eWallet RM50, kecuali untuk Mat-F dan Mat-D.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...