More

    Sony REON POCKET 5 dilancar di Malaysia: Kipas yang boleh dipakai di leher, berharga RM799

    Jika anda tidak selesa dengan cuaca panas sewaktu berada di luar, anda mungkin akan tertarik dengan sebuah peranti baharu daripada Sony Malaysia iaitu RENO POCKET 5. Ia merupakan sebuah kipas mudah alih yang ringan dan boleh dipakai pada leher anda, serta mempunyai fungsi penyejukan khas untuk meningkatkan keselesaan peribadi.

    REON POCKET 5 mempunyai modul terma (thermo-module) yang besar serta kipas pelesapan haba yang meningkatkan kecekapan penyejukan dan aliran udara, meningkatkan prestasi penyejukan sebanyak 1.5 kali ganda lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

    Boleh dipakai di belakang, dengan dua gaya
    Modul terma dan kipas dalaman

    Ia mempunyai lima tahap penyejukan COOL Level dan baterinya boleh bertahan sekitar 7.5 jam jika digunakan pada COOL Level 4. Sony juga mengatakan produk ini tidak menghasilkan bunyi yang bising, jadi ia sesuai digunakan dalam pejabat atau persekitaran bisnes.

    Ia menawarkan dua mod utama iaitu SMART COOL dan WARM MODE, di mana ia boleh diubah secara automatik. Ia juga boleh dipautkan dengan REON POCKET TAG yang akan mengesan pancaran matahari, kemudian ia boleh melaraskan REON POCKET 5 supaya menukar suhu dengan lebih cepat sebanyak 33% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

    Boleh dipautkan dengan REON POCKET TAG untuk pelarasan suhu yang cepat

    RENO POCKET TAG mempunyai lapan sensor untuk ukuran suhu yang tepat dan boleh digunakan sehingga 10 jam apabila digunakan dalam SMART COOL dan WARM MODE.

    Sony REON POCKET 5 akan dijual di Malaysia bermula 18 Jun 2024 dengan harga RM799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured