More

    Sony sahkan PlayStation 5 boleh main ‘game’ PlayStation 4 dengan prestasi lebih pantas

    Sony telah menjelaskan bahawa lebih 4,000 game yang terdapat pada PlayStation 4 boleh dimainkan dalam PlayStation 5 yang akan mula dijual pada hujung tahun ini. Mereka mengatakan game PS4 boleh memanfaatkan teknologi Game Boost dalam PS5 untuk prestasi frame rate yang lebih tinggi.

    Untuk memainkan game PS4, pengguna hanya perlu memasukkan cakera padat game itu ke dalam PS5 atau muat turun data game tersebut ke dalam PS5 jika ia dibeli secara digital. Data tersebut juga boleh dimuat turun ke dalam pemacu luaran (external hard drive) untuk tujuan simpanan.

    Walau bagaimanapun, sesetengah game PS4 mungkin akan menunjukkan sedikit masalah (error) sewaktu dimainkan dalam PS5. Selain itu, beberapa fungsi yang terdapat pada PS4 mungkin tidak boleh diakses dalam PS5.

    Sony turut menyenaraikan game PS4 yang tidak boleh dimainkan dalam PS5 iaitu DWVR, Afro Samurai 2: Revenge of Kuma Volume One, TT Isle of Man – Ride on the Edge 2, Just Deal With It!, Shadow Complex Remastered, Robinson: The Journey, We Sing, Hitman Go: Definitive Edition, Shadwen dan Joe’s Diner.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation Support

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...