More

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa harga permainan digital di PlayStation Store akan menjadi lebih mahal disebabkan ketiadaan persaingan daripada kedai runcit dan pasaran barangan terpakai.

    Walau bagaimanapun, bekas Pengarah Pembangunan Perniagaan Square Enix, Jacob Navok, menyatakan pandangan sebaliknya. Beliau mendakwa penetapan harga permainan digital pada masa ini terikat dengan harga pasaran runcit fizikal dan penamatan cakera fizikal akan membolehkan julat harga permainan digital menjadi lebih murah.

    Menurut Navok, penamatan peranti fizikal akan memaksa penerbit permainan video bersaing secara terus sesama sendiri di PlayStation Store. Persaingan antara penerbit dijangka mendorong penawaran diskaun yang lebih agresif mengikut tempoh hayat sesebuah permainan dan menyerupai model penetapan harga yang praktikal pada platform Steam.

    Beliau turut menjelaskan bahawa penerbit menentukan harga permainan mereka sendiri di PlayStation Store dan bukannya Sony. Persaingan antara platform digital seperti Steam dan Epic Games Store hanya mempengaruhi kadar pembahagian keuntungan penerbit, bukannya penentuan harga jualan kepada pengguna.

    Beberapa pembungkusan PlayStation 5 telah mula meletakkan notis bahawa keluaran baharu akan beralih kepada format digital sepenuhnya. Langkah penamatan cakera fizikal ini kekal sebagai peralihan besar bagi ekosistem PlayStation menjelang 2028. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X 1|2

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...