More

    Sony umum FX2 – Kamera kompak “full-frame” baharu dalam barisan Cinema Line

    Sony Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran FX2 iaitu kamera kompak full-frame baharu dalam barisan Cinema Line yang menyasarkan pembikin filem bebas dan produksi berskala kecil yang memerlukan prestasi profesional dalam format mudah alih.

    Menampilkan sensor Exmor R™ 33MP, FX2 menyokong rakaman video 4K dalam format 4:2:2 10-bit All-Intra dan menawarkan sehingga 15+ stop julat dinamik menerusi S-Log3. Kamera ini turut hadir dengan sistem Dual Base ISO pada 800 dan 4000 serta boleh ditingkatkan sehingga ISO 102400 menjadikannya ideal untuk penggambaran dalam cahaya rendah.

    Dengan sistem penyejukan aktif terbina dalam, FX2 mampu merakam sehingga 13 jam berterusan dalam 4K 60p. Ia turut menyokong kadar bingkai tinggi sehingga 60fps dalam 4K dan 120fps dalam FHD. FX2 mewarisi rekaan kompak FX3 dan FX30 dengan kemasan atas rata, berat hanya sekitar 679 gram dan sokongan cageless melalui tiga titik UNC.

    Model FX2 juga dilengkapi pemegang atas XLR-H1 yang membolehkan kawalan audio profesional empat saluran menerusi input XLR/TRS dan bicu audio 3.5mm. Kamera ini turut menyokong Real-time Recognition AF yang mampu mengesan manusia, haiwan dan kenderaan.

    Selain itu, ia dilengkapi fungsi Auto Framing dan Framing Stabiliser untuk memastikan subjek kekal berada di tengah bingkai walaupun kamera berada atas tripod atau bergerak. FX2 bukan sahaja berupaya merakam video, malah turut menyokong penggambaran gambar pegun 33MP dengan mod Log Shooting khusus untuk kerja pascaproduksi.

    Tuil Movie/Still dan paparan skrin “BIG6” yang boleh disuai menjadikan pertukaran mod/kawalan menu lebih cepat serta intuitif. Paparan EVF baharu beresolusi 3.68 juta titik dan skrin sentuh vari-angle 3.0 inci memudahkan pembingkaian dari pelbagai sudut. FX2 menawarkan sambungan HDMI Type-A dengan sokongan video 4K 60p 16-bit RAW, USB-C 10Gbps, Wi-Fi dwi-jalur dan LAN berwayar melalui penyesuai.

    Sony FX2 akan mula dijual di Malaysia bermula Ogos 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...