More

    Sony umum kenaikan harga langganan untuk PlayStation Plus di Malaysia

    Sony telah mengumumkan bahawa harga langganan bulanan untuk perkhidmatan PlayStation Plus akan dinaikkan di Malaysia bermula 24 Jun 2025. Kenaikan ini melibatkan semua pelan langganan termasuk Essential, Extra, dan Deluxe termasuk langganan secara bulanan, suku tahunan, mahupun tahunan.

    Sebagai contoh, pelan Essential yang sebelum ini berharga RM32 sebulan akan meningkat kepada RM35. Untuk langganan tiga bulan pula, harganya akan naik daripada RM75 kepada RM95, manakala langganan tahunan akan berubah daripada RM235 kepada RM285. Bagi pelan Extra, pengguna kini perlu membayar RM55 sebulan berbanding RM49 sebelum ini.

    Langganan tiga bulan akan menjadi RM155 (naik dari RM125) dan langganan tahunan pula akan melonjak kepada RM490 berbanding RM400 sebelum ini. Manakala untuk pelan Deluxe, harga bulanan akan dinaikkan kepada RM65, tiga bulan kepada RM185 dan langganan tahunan akan meningkat ketara daripada RM460 kepada RM575.

    Menurut Sony, pelarasan harga ini dibuat bagi memastikan mereka dapat terus menawarkan kandungan permainan yang berkualiti tinggi serta faedah tambahan kepada para pelanggan mereka. Bagi pelanggan sedia ada, harga baharu ini hanya akan berkuat kuasa apabila langganan mereka diperbaharui selepas 24 Jun 2025.

    Berikut adalah jadual menunjukkan peningkatan harga bagi setiap perkhidmatan:

    Pelan PlayStation Plus1-Bulan (sebelum ini)1-Bulan (selepas)3-Bulan (sebelum ini)3-Bulan (selepas)12-Bulan (sebelum ini)12-Bulan (selepas)
    EssentialRM32RM35RM75RM95RM235RM285
    ExtraRM49RM55RM125RM155RM400RM490
    DeluxeRM55RM65RM145RM185RM460RM575

    Namun, sekiranya pelanggan membuat sebarang perubahan pada langganan mereka seperti naik taraf, turun taraf atau menambah tempoh langganan selepas 16 April 2025, harga baharu akan dikenakan serta-merta. Menurut Sony, pengguna bebas untuk membatalkan langganan sebelum tarikh kuat kuasa tersebut jika tidak bersetuju dengan perubahan ini.

    Kenaikan ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi turut melibatkan beberapa negara lain. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk laman rasmi PlayStation. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...