More

    Sony umum sensor 200MP yang sedia gantikan lensa berbilang pada telefon pintar

    Sony mengumumkan sensor kamera telefon pintar baharu iaitu LYTIA 901 yang akan mula digunakan pada November 2025. Sensor stacked CMOS bersaiz 1/1.12 inci dan menawarkan 200MP menjadikannya antara sensor mudah alih paling beresolusi tinggi setakat ini.

    Ia direka untuk meningkatkan sensitiviti cahaya, ketajaman imej dan pemprosesan terus pada sensor. LYTIA 901 menggunakan sistem Quad-Quad Bayer Coding (QQBC) iaitu 16 piksel warna sama digabungkan untuk menjadi satu super-pixel. Gabungan ini membantu menghasilkan imej lebih terang ketika cahaya rendah atau waktu malam.

    Apabila pengguna melakukan zum atau memerlukan resolusi penuh, sensor menjalankan proses remosaicing berasaskan AI yang memecahkan semula piksel berkumpulan itu kepada susunan standard dan memberikan imej terperinci ketika zum tanpa mengorbankan sensitiviti. Pemprosesan AI yang berlaku terus dalam sensor membolehkan proses ini dilakukan dengan pantas.

    Antara spesifikasi utama termasuk saiz diagonal 14.287 mm, saiz piksel 0.7 µm dan sokongan sehingga 4× zum pada satu lensa. Untuk video, ia mampu merakam sehingga 30 fps dengan kualiti tinggi dan menyokong HDR merentas tahap zum. Sensor ini juga membawa teknologi HDR lebih maju seperti Dual Conversion Gain HDR, penukar 12-bit serta Hybrid Frame-HDR.

    Hasilnya, ia boleh mencapai julat dinamik lebih 100 dB dan berguna untuk keadaan cahaya yang sangat terang atau sangat gelap. Dengan kombinasi 200MP, prestasi zum lebih baik, pemprosesan AI dalam-sensor dan HDR yang lebih luas, LYTIA 901 memberi peluang kepada pengeluar untuk menghasilkan telefon pintar dengan kamera lebih serba boleh tanpa perlu banyak lensa.

    Ia berpotensi mengubah landskap fotografi mudah alih dengan memberi tumpuan kepada sensor yang lebih pintar dan tidak sekadar menambah modul kamera. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...