More

    Sony umumkan dron Airpeak, mampu terbangkan kamera Sony Alpha

    Sony telah pun mengumumkan inisiatif bernama Airpeak pada November 2020, di mana syarikat Jepun itu akan mula menceburi industri dron. Kini Sony telah memaparkan rupa dron pertama oleh Airpeak dalam pembentangan CES 2021.

    Menurut CEO Kenichiro Yoshida, ciri utama dron Airpeak ini adalah kebolehannya untuk menerbangkan kamera Sony Alpha bagi merakam video yang berkualiti tinggi. Ahli fotografi kini boleh menggunakan kamera profesional Sony untuk mengambil gambar atau video daripada sudut yang sangat tinggi sambil mengoperasi dron yang stabil.

    Dron Airpeak akan dilancar pada musim bunga di Amerika Syarikat (Mac-Jun). Selain mengumumkan dron tersebut, Sony turut berkongsi contoh rakaman daripada dron Airpeak yang digunakan untuk merakam kereta Sony yang bernama Vision-S.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dron Sony dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured